Dr Penguang Tinjau Tapak Pembinaan Waterfront Marudi

UKAS  > Edisi-Utara >  Dr Penguang Tinjau Tapak Pembinaan Waterfront Marudi
0 Comments

SELASA, 9 OGOS 2022

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datu Dr Penguang Manggil telah mengadakan tinjauan ke tapak pembinaan Waterfront Marudi di sini pada Isnin. 

Dalam lawatan kira-kira sejam itu, beliau telah diberikan penerangan oleh pihak kontraktor dan berpuas hati dengan status terkini pembinaan Waterfront Marudi ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu juga meminta pemaju supaya kerja-kerja melibatkan laluan kenderaan dapat disiapkan segera bagi melancarkan aliran trafik. 

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu pembukaan Stesen Minyak Petronas yang baru nanti akan membolehkan stesen minyak sedia ada itu ditutup dan kawasan itu akan dimasukkan di dalam landskap pembinaan Waterfront Marudi. 

Turut sama hadri Pengerusi Majlis Daerah Marudi Edward Mendai, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMM) dan Ahli-ahli Majlis Daerah Marudi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *