IPD Lubok Antu Anjur Kempen Kibar Jalur Gemilang, Semarak Sambutan Bulan Kebangsaan

UKAS  > Edisi-Selatan >  IPD Lubok Antu Anjur Kempen Kibar Jalur Gemilang, Semarak Sambutan Bulan Kebangsaan
0 Comments

KHAMIS, 11 OGOS 2022

LUBOK ANTU: Masyarakat di kawasan Lubok Antu tidak ketinggalan merasai suasana patriotik sempena sambutan bulan Kebangsaan menerusi penganjuran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Victor Ripon di jalan berhampiran IPD Lubok Antu di sini pada Khamis di mana beliau turut disertai warga IPD, ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan juga orang awam.

Antara pengisian bagi kempen yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ itu termasuk perarakan ke Jalan Utama IPD Lubok Antu untuk simbolik pemasangan bendera di kenderaan pengguna jalan serta penyerahan bendera kepada orang awam oleh DSP Victor, Pengerusi PERKEP IPD Lubok Antu, Olive Suriavina Miret dan Pengerusi Amanita IPD Lubok Antu, Sjn Lee Mui Lin.

Sementara itu, DSP Victor ketika berucap menyeru warga Lubok Antu agar memasang serta mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan, premis, rumah dan juga kenderaan masing-masing.

Beliau turut berkesempatan menzahirkan penghargaan kepada semua anggota IPD Lubok Antu dan juga pihak-pihak lain termasuk pihak Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang sentiasa bekerjasama dengan IPD tersebut. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *