Dr Annuar Sempurnakan Majlis Perasmian Liga Sepak Takraw

UKAS  > Edisi-Tengah >  Dr Annuar Sempurnakan Majlis Perasmian Liga Sepak Takraw
0 Comments

AHAD, 14 OGOS 2022.

SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1, Dr. Annuar Rapaee telah menyempurnakan Majlis Perasmian Liga Sepak Takraw Zon Tengah 2022, di Dewan Takraw Jalan Bandung pada Sabtu.

Dalam perasmian tersebut, beliau berkata Kejohanan tersebut merupakan yang julung kalinya dianjurkan oleh Pemuda PBB Zon Sibu dan Persatuan Sepak Takraw Sibu (PESTAS).

Di samping itu, ADUN Nangka itu turut mengumumkan akan menyediakan peruntukan untuk membeli hamparan gelanggang baharu serta dana untuk melaksanakan pengubahsuaian bangunan di Dewan Sepak Takraw.

Jelasnya, Dewan Sepak Takraw memerlukan banyak pengubahsuaian sebagai usaha menyediakan tempat pertandingan yang lebih selesa.

Sementara itu, pihak penganjur menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM4,000 dan sebuah piala untuk juara, RM2,000 (naib juara) dan RM1,000 bagi pemenang ketiga.

Kejohanan itu juga akan menjadi peringkat pemilihan awal bagi mencungkil bakat pemain sepak takraw untuk mewakili pasukan Sibu dalam Kejohanan Piala Sarawak yang akan berlangsung di Sri Aman pada 20 September kelak. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *