Miri Car Free Day Akan Diadakan Setiap Bulan

UKAS  > Edisi-Utara >  Miri Car Free Day Akan Diadakan Setiap Bulan
0 Comments

SELASA, 16 OGOS 2022

MIRI: Program Miri Car Free Day telah diputuskan untuk dijadikan program bulanan di bandar ini.

Menurut Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam satu kenyataan baru-baru ini, ia telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Komuniti dan Persekitaran Hijau (GCED) MBM di bawah Rangka Kerja Bandaraya Rendah Karbon (LCCF).

“Ini berikutan program Miri Car Free Day yang diadakan pada 16 Julai lepas di Jalan Yu Seng Utara bersebelahan Wireless Walk di mana ia telah mendapat sambutan baik daripada orang ramai sama ada untuk memberi sokongan ataupun menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut,”katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, mengikut perancangan, program Miri Car Free Day yang diperkenalkan semula akan ditetapkan pada Sabtu pertama setiap bulan berkuatkuasa mulai September 2022 di lokasi dan masa sama.

MBM juga berkata, adalah menjadi aspirasi MBM untuk mengenal pasti kawasan strategik di daerah pusat perniagaan untuk mempromosikan aktiviti penjanaan karbon rendah pada hari dan masa yang ditetapkan secara berkala.

Ia adalah supaya masyarakat sedar tentang kepentingan membangunkan Bandar Rendah Karbon yang akan membawa gaya hidup sihat dan juga faedah jangka panjang yang lain kepada warga Miri.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *