Peruntukan Tambahan RM3 Juta, Naik Taraf Esplanade Simunjan

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  Peruntukan Tambahan RM3 Juta, Naik Taraf Esplanade Simunjan
0 Comments

SABTU, 20 OGOS 2022

SIMUNJAN: Kerajaan sarawak telah mengumum peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menaik taraf Esplanade Simunjan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata iai adalah sebagai tambahan untuk menambah baik kemudahan di Esplanade Simunjan itu.

“Walaupun Esplanade ini telah siap, tetapi masih ada kekurangan yang perlu ditambah. Jadi saya beri RM3 juta ini supaya kita dapat menaiktarafnya,”katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Esplanade Simunjan pada Sabtu.

Esplanade Simunjan telah dibina menggunakan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan Tahun 2018 yang menelan kos sebanyak RM1 Juta dan telah siap pada Ogos 2020.

Turut hadir dalam majlis itu ialah, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, dan ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *