PETRONAS dan Kerajaan Sarawak Hargai Pencapaian Bersama Dalam Pembangunan Industri Minyak & Gas

UKAS  > Edisi-Utama, Edisi-Utara >  PETRONAS dan Kerajaan Sarawak Hargai Pencapaian Bersama Dalam Pembangunan Industri Minyak & Gas
0 Comments

ISNIN, 22 OGOS 2022

BINTULU: Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Kerajaan Sarawak menghargai kerjasama strategik dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak.

Menurut kenyataan Jabatan Media Komunikasi Korporat PETRONAS, acara itu telah diadakan di luar Dialog Strategik Tahunan (ASD) Sarawak-PETRONAS 2022 di Hotel Park City Everly pada Isnin. 

Jelas kenyataan itu lagi, ASD adalah platform utama untuk mengukuhkan kerjasama antara PETRONAS dan Kerajaan Sarawak dalam industri minyak dan gas.  

“Melalui platform ini, kedua-dua pihak komited terhadap meningkatkan persekitaran perniagaan dan pelaburan yang stabil, kondusif untuk pertumbuhan industri yang mampan dalam negeri,” katanya. 

Majlis itu telah disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Mod Bakke Salleh serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik.

Sementara itu, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datuk Mohd Naroden Majais menggesa lebih banyak syarikat Sarawak untuk merebut peluang untuk menjadi lebih berdaya saing dan sentiasa mengikuti aliran industri tenaga semasa.

Manakala, Naib Presiden Perolehan Kumpulan PETRONAS Freida Amat pula menegaskan Kerajaan Sarawak dan PETRONAS komited untuk memupuk Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas yang mantap (OGSE) ekosistem.

“Usaha berterusan tertumpu kepada peningkatan keupayaan dan kapasiti syarikat Sarawak dan perjalanan progresif yang akan membawa kesan jangka panjang,” katanya.

Dalam majlis itu, kira-kira 11 wakil vendor PETRONAS dari Sarawak menerima penghargaan sebagai simbolik memperingati kejayaan syarikat Sarawak dalam industri minyak dan gas.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Di Pejabat Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murun Kennedy Chukpai Ugon, ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip dan ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *