Sarawak Percaya Jadi Pemain Utama Dalam Penghasilan Tenaga Hijau Di Dunia

UKAS  > Edisi-Utama, Edisi-Utara >  Sarawak Percaya Jadi Pemain Utama Dalam Penghasilan Tenaga Hijau Di Dunia
0 Comments

SELASA, 23 OGOS 2022

BINTULU: Kerajaan Sarawak percaya akan menjadi pemain utama dalam penghasilan tenaga hijau di dunia. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata, ini hanya akan dapat dicapai sekiranya Sarawak mempunyai sumber manusia yang berkemahiran.

“Mengambil contoh, negara jiran kita (tanpa perlu menyebut nama negara tersebut) mereka mempunyai teknologi tetapi tidak mempunyai tenaga dan ruang. Manakala, kita (Sarawak) mempunyai tenaga dan juga ruang.

“Situasi ini membolehkan kita boleh memberi latihan kepada rakyat tempatan untuk terlibat sama dalam penghasilan tenaga hijau ini. 

“Malah, penglibatan masyarakat tempatan dalam bidang teknologi tinggi ini juga merupakan suatu industri yang strategik untuk kemajuan Sarawak pada masa depan,” katanya. 

Beliau berucap ketika merasmikan Majlis Penghantaran dan Pemasangan Tapak Modul Petchem Sarawak di Loji Metanol Petchem Sarawak, Tanjung Kidurong Bintulu di sini pada Isnin.

Ujar beliau lagi, Sarawak kini memberi fokus kepada penghasilan tenaga hijau termasuk tenaga biru.

Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari juga memberitahu Sarawak turut memberi fokus kepada penghasilan ‘Tenaga Biru’ sebagai suatu tenaga baharu selain Tenaga Hijau.

“‘Tenaga Biru’, kita boleh menggunakan hidrogen daripada ammonia selain air. 

“Apabila anda memisahkan air, hidrogen dan oksigen, ia akan menghasilkan hidrogen dan air menjadi hijau untuk Sarawak. 

“Kami adalah sebahagian daripada sumber yang boleh diperbaharui untuk mengurangkan pelepasan karbon. Dan, jika kita boleh mencapai Sarawak boleh menjadi pemain utama dalam menghasilkan tenaga hijau,” ujar beliau lagi. 

Beliau turut memberi jaminan bahawa sekiranya masa depan Sarawak cerah sekiranya Loji Metanol Petchem Sarawak siap dan percaya serta memberi tiga rating, Sarawak akan membina Loji Metanol kedua yang padanya akan memberi pulangan yang baik juga kepada perbankan. 

Sementara itu, dalam sidang media pada majlis yang sama, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari sekali lagi menekan bahawa pentingnya masyarakat tempatan Sarawak untuk terlibat dalam industri ini. 

Jelasnya, ini adalah aspirasi untuk membina dan memajukan Sarawak mengikut acuan sendiri demi ekonomi yang lebih dan maju. 

“Apa yang penting ialah kita berjaya melatih orang tempatan kita dalam proses penghasilan teknologi metanol ini sebagai orang Sarawak. 

“Dan, ini akan menjadi aspirasi kita untuk mewujudkan hab mekanikal petrol di Sarawak khususnya di wilayah Bintulu. 

“Beberapa lagi penemuan gas baharu yang sangat penting untuk kita jadikan sebagai aktiviti hilirin berdasarkan persetujuan bersama. 

“Sudah tentu kami akan membekalkan gas LNG yang boleh memberi manfaat kepada masa depan yang lebih cerah,” jelasnya. 

Pada majlis itu, telah diadakan penyampaian Terbitan Sukuk Wakalah RM4 bilion Untuk Loji Metanol Pertama di Sarawak dan penyerahan sijil penghargaan kepada 6 kontraktor dalam pencapaian 5 juta jam kerja selamat tanpa kecederaan untuk Projek Petchem Sarawak secara keseluruhan.

Turut sama hadir Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (II), Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Pengerusi Sarawak Petchem Sdn. Bhd Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato’ Husain, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Ultiliti Dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Bintulu Dato’ Seri Tiong King Sing, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Pelabuhan) Dato Majang Renggi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr. Hazland Abang Hipni dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *