AHAD, 4 SEPTEMBER 2022

KUCHING: Kontinjen dari Kuala Lumpur telah menjuarai Kejohanan Tenis Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Games 2022 setelah memenangi perlawanan akhir menewaskan Selangor pada Ahad. 

Kejohanan yang disertai seramai 16 kontinjen dari seluruh Malaysia itu telah diadakan di Kompleks Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA) di sini pada 1 hingga 4 September dan merupakan penganjuran ke-14 bersempena dengan Jubli Perak MAKSAK.

Sementara itu, Pengarah Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak, Nicholas Sia yang mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia Wan Muhammad Zamir Wan Mansor, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhammad Yakup Kari, Presiden SLTA Datuk Patrick Liew dan Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak Sewami Mohamad. – EDISI UKAS

add comment