AHAD, 4 SEPTEMBER 2022

BAU: Rombongan Perwakilan ‘International Conference On Responsible Tourism and Hospitality’ (ICRTH) telah melawat ke beberapa kawasan tarikan pelancong di sini pada Sabtu.

Kedatangan mereka telah disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep, Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam, Pemanca Masyarakat Cina Bau, Bong Jong Long, Penghulu Bidayuh Kawasan Pekan Bau, Christina Opoum, barisan Kapitan dari kawasan Tasik Biru serta ahli-ahli Majlis Daerah Bau.

Sejurus tibanya Rombongan Perwakilan ICRTH di kawasan Tasik Biru Resort City, mereka telah diberi penerangan ringkas mengenai pembangunannya oleh wakil Syarikat ‘Tecktonic and Sons’ sebelum dibawa melawat ke kawasan Tasik Biru.

Selepas itu, rombongan tersebut melawat ke Fairy Cave dan Serembu Eco Park sebelum menamatkan lawatan di ‘Siniawan Culture Night Market’.

Difahamkan, perwakilan ICRTH itu terdiri daripada ahli-ahli dari Sarawak, Semenanjung Malaysia dan juga negara Amerika Syarikat, England, Indonesia, Brunei Darussalam, Vietnam serta Singapura. -Edisi UKAS

add comment