Ketua Pengarah Kastam Lawat Kampung Serikin & PLBN Jagoi Babang

UKAS  > Edisi-Selatan >  Ketua Pengarah Kastam Lawat Kampung Serikin & PLBN Jagoi Babang
0 Comments

JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2022

BAU: Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato’ Zazuli Johan telah mengadakan lawatan kerja ke sempadan negara di Kampung Serikin dan Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Jagoi Babang pada Khamis.

Lawatan itu merupakan julung kali dilakukan oleh beliau sejak dilantik pada Julai lepas.

Ia bertujuan melihat kebajikan warga kerja jabatan itu yang bertugas di Pos Kawalan Sempadan Serikin di samping meninjau perkembangan pembinaan PLBN Jagoi Babang, Kalimantan Barat Indonesia atas jemputan daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia untuk Sarawak di Kuching, Raden Sigit Witjaksono.

Sejurus selesai tinjauan, beliau yang diiringi Memangku Tugas-Tugas (MTT) Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Mohd Nadzri Ariffin kemudiannya menikmati jamuan makan tengahari di Kampung Serikin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep juga berkesempatan meluangkan masa menghadiri jamuan tersebut dan menyampaikan cenderahati kepada beliau.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam, ketua-ketua kaum dari kawasan Jagoi dan ahli-ahli Majlis Daerah Bau. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *