Premier Sarawak Rasmi Pasaraya Lepapa & Roxy Hotel Di Sri Aman

UKAS  > Edisi-Selatan >  Premier Sarawak Rasmi Pasaraya Lepapa & Roxy Hotel Di Sri Aman
0 Comments

SABTU, 10 SEPTEMBER 2022

SRI AMAN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah merasmikan Pasaraya Lepapa dan seterusnya Hotel Roxy di sini pada Sabtu.

Kedatangan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari disambut dengan persembahan tarian singa yang menjadi warisan serta lambang kebudayaan masyarakat Cina yang dipercayai membawa tuah dan rezeki jika ia dipersembahkan.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong Dato Sri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis.

Selain itu, Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Rohani Abdul Karim, Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, ADUN Lingga Dayang Norazah Awang Sohor serta Senator Susan Chemerai Anding juga hadir meraikan perasmian tersebut.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menyempurnakan perasmian kedua-dua bangunan itu dengan simbolik memotong riben sebelum meninjau dan mengambil maklum pengoperasiannya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *