Wilayah Miri Juarai Silat Piala Presiden 2022 di Sibu

UKAS  > Edisi-Tengah >  Wilayah Miri Juarai Silat Piala Presiden 2022 di Sibu
0 Comments

SABTU, 10 SEPTEMBER 2022

SIBU: Pertandingan Kejuaraan Silat Piala Presiden 2022 yang berlangsung selama lima hari berturut-turut sejak Isnin telah melabuhkan tirai pada Jumaat.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS), Muhammad Haneef Ali serta diiringi oleh Timbalan Presiden RSS merangkap Pengerusi Pengelola Kejuaraan Piala Presiden Rumpun Silat Sarawak 2022, Dato Muhamad Yusnar Matalie dan Temenggong Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad.

Menurut Dato Muhamad Yusnar, anak-anak sekolah harus dipupuk semangat mereka untuk mencintai warisan seni budaya bersilat.

Ujarnya, keterlibatan anak-anak muda ini juga dapat mengelak mereka dari terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat dan membina jati diri mereka ke arah yang lebih baik.

Sementara itu, juara keseluruhan bagi pertandingan Silat Piala Presiden 2022 telah dimenangi Wilayah Miri, diikuti Wilayah Kuching dan Wilayah Samarahan.

Kejohanan kali ini turut melakar sejarah apabila Negeri Sarawak menjadi negeri pertama menggunakan sistem pengiraan jumlah mata secara digital di Malaysia pada Kejuaraan Piala Presiden RSS 2022 kali ini.

Dalam pada itu, wilayah Bintulu akan menjadi tuan rumah seterusnya bagi Kejuaraan Piala Presiden Rumpun Silat Sarawak ini yang akan berlangsung pada tahun 2023 nanti.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *