K2M Usaha Tarik Minat Pelajar Luar Bandar

UKAS  > Edisi-Utara >  K2M Usaha Tarik Minat Pelajar Luar Bandar
0 Comments

SABTU, 24 SEPTEMBER 2022

MIRI: Kimia adalah satu cabang pendidikan yang sangat penting selaras dengan perkembangan pesat bidang ini di serata dunia.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, Karnival Sains seperti ini sangat penting agar para pelajar dapat mengubah minat serta meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang sains.

“Tiada cara lain untuk mengubah masa depan selain melalui pendidikan. 

“Kebanyakan orang berjaya hari ini datangnya daripada latarbelakang keluarga yang kurang bernasib baik. Namun, kerana mempunyai pendidikan yang sempurna ianya telah mengubah diri mereka menjadi lebih baik malah ramai yang menjadi pemimpin,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pegawai Daerah Telang Usan, Baru Wai di Majlis Perasmian Karnival Kimia (K2M) di Long Bedian pada Khamis. 

Jelasnya lagi, adalah tidak mustahil jika suatu masa nanti kalangan anak-anak kampung inilah yang akan lahir menjadi pemimpin berkaliber, saintis dan mempunyai profession yang tinggi.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pelajar agar mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk menambah ilmu pengetahuan daripada apa yang disampaikan melalui ceramah serta perkongsian para ilmuan dalam karnival kimia kali ini.

K2M ini merupakan anjuran Institut Kimia Malaysia Cawangan Sarawak bertujuan bagi menarik minat pelajar luar bandar terhadap bidang sains. 

Turut hadir, Pengerusi Institut Kimia Malaysia Dr. John Chan Sung Tong dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Long Bedian Thomas Ribuh Alung.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *