JKM Serah 599 Pek Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir

UKAS  > Edisi-Utara >  JKM Serah 599 Pek Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir
0 Comments

AHAD, 25 SEPTEMBER 2022

MIRI: Sebanyak 599 pek makanan telah diagihkan kepada tujuh buah rumah panjang, sebuah sekolah dan klinik yang terjejas akibat banjir. 

Beberapa penempatan di Tinjar dalam Daerah Beluru telah dilanda banjir pada minggu lepas ekoran hujan sederhana lebat turun berlarutan dalam beberapa malam. 

Justeru, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri dengan kerjasama beberapa agensi telah menghantar bantuan makanan kepada beberapa penempatan yang terjejas di tebingan Sungai Tinjar pada Jumaat dan Sabtu. 

Antara rumah panjang yang menerima bantuan makanan tersebut adalah Rumah Paking Idoi, Long Marigam, Rumah Duri, Nanga Lait, Rumah Magdeline, Lubok Mulong, Rumah Joseph Adat, Long Ajoi, Rumah Jau Bato, Long Teru, Rumah James Luhi, Nanga Ujau dan Rumah Labang, Nanga Seridan. 

Manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Long Teru dan Klinik Long Teru turut menerima bantuan makanan tersebut. 

Difahamkan, penghantaran bantuan makanan tersebut ke kawasan terjejas banjir tempoh hari dilakukan menggunakan ekspres bot.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *