Kerajaan Sarawak Sasar Tingkat Tahap Sara Diri Kepada 68 Peratus Menjelang 2030

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kerajaan Sarawak Sasar Tingkat Tahap Sara Diri Kepada 68 Peratus Menjelang 2030
0 Comments


RABU, 5 OKTOBER 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan tahap sara diri kepada 68 peratus menjelang tahun 2030.

Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, kementeriannya kini giat berusaha meningkatkan produktiviti industri pertanian sekaligus menjamin keselamatan makanan.

“Kita mesti meningkatkan SSL (tahap sara diri) negeri, pada masa ini ia hanya 38 peratus, tetapi kita cuba untuk meningkatkannya kepada 68 peratus menjelang tahun 2030.

“Kerajaan negeri juga berhasrat untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan bersih menjelang tahun 2030,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan daripada Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Pam Dunn di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kementeriannya ingin meningkatkan industri pertanian bukan sahaja dari segi Keluaran Dari Negara Kasar (KDNK), keuntungan dan pendapatan, tetapi untuk mengubah kehidupan petani berpendapatan rendah.

Tujuan kunjungan tersebut membincangkan pendekatan meningkatkan industri pertanian antara Sarawak dan New Zealand. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *