Raptai Majlis Kesyukuran Anjuran Agama-Agama Lain Berjalan Lancar

UKAS  > Edisi-Utara >  Raptai Majlis Kesyukuran Anjuran Agama-Agama Lain Berjalan Lancar
0 Comments

KHAMIS, 6 OKTOBER 2022

MIRI: Raptai bagi Majlis Doa Kesyukuran  bersempena dengan Sambutan Hari Lahir Ke-86 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak berjalan lancar di Miri pada pagi Khamis. 

Ia merupakan salah satu pengisian dalam meraikan sambutan hari jadi Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di mana enam institusi keagamaan iaitu Bahai, Hindu, Kristian, Tao, Buddha dan Sikh akan bersama-sama mendoakan kesejahteraan beliau.

Majlis akan diadakan pada 7 Oktober ini dan dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Sebagai penganjur utama, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) memaklumkan majlis ini turut menerapkan elemen-elemen perpaduan dan keharmonian, keterangkuman kaum, kestabilan politik serta pemulihan pasca pandemik COVID-19. 

Dalam pada itu, UNIFOR menjangkakan kira-kira 350 orang dari pelbagai kaum dan agama akan hadir ke majlis ini.

Manakala, orang ramai turut dapat menonton majlis kesyukuran ini yang akan disiarkan secara langsung di TVS saluran 122 Astro dan myFreeview serta Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan YouTube UKAS Channel. 

Turut hadir pada raptai program ialah Pengarah UNIFOR, Richard Lon dan wakil dari Pejabat Residen Bahagian Miri, Nur Mukhlisya Fatiha Abdullah. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *