JBPM Lutong Bersiap Siaga Tangani Situasi Kecemasan

UKAS  > Edisi-Utara >  JBPM Lutong Bersiap Siaga Tangani Situasi Kecemasan
0 Comments

SELASA, 18 OKTOBER 2022

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lutong bersiap siaga dalam menangani sebarang situasi kecemasan. 

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk M Noor Azman Taib berkata, pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong akan memberikan impak yang ketara kepada kawasan sekitar.

“Ia terutamanya akan mempercepatkan masa bertindak JBPM Lutong dalam menangani insiden-insiden kecemasan seperti kebakaran iaitu di bawah 10 minit,” jelasnya. 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pengoperasian BBP Lutong, JBPM Negeri Sarawak di sini pada Isnin.

Untuk rekod, Pembinaan BBP tersebut menelan kos sebanyak RM8.2 juta dan telah dimulakan pada 2 Januari 2020.

Dengan siapnya BBP Lutong ini, maka ia menjadikan jumlah keseluruhan BBP di Sarawak adalah sebanyak 38 buah. 

Ia merupakan balai kelima bagi Miri sebagai tambahan kepada balai sedia ada iaitu BBP Lopeng, BBP Miri, BBP Marudi dan BBP Batu Niah.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Nazili Mahmood. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *