Aidel dan Nicholas Adakan Pertemuan, Bincang Projek Pembangunan Di Baleh

UKAS  > Edisi-Tengah >  Aidel dan Nicholas Adakan Pertemuan, Bincang Projek Pembangunan Di Baleh
0 Comments

KHAMIS, 20 OKTOBER 2022

KAPIT: Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Aidel Lariwoo meluangkan masa bersarapan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi di Norinah Café pada Khamis.

Dalam pertemuan secara santai itu, keduanya sempat membincangkan beberapa tempat projek yang dilaksanakan sebelum lawatan ke Jalan Empangan Baleh.

Kedua-duanya wakil rakyat itu juga diberikan sedikit taklimat mengenai jalan sementara Jambatan Sempaling dan Jalan Sebetong, Baleh yang sering mengalami banjir dan rosak teruk terutama di musim tengkujuh.

Turut sama dalam pertemuan tersebut beberapa pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR). – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *