Fasiliti Keselamatan Sekitar Jeti Loji Metanol Perlu Guna Teknologi Terkini, Tepati Piawaian

UKAS  > Edisi-Utara >  Fasiliti Keselamatan Sekitar Jeti Loji Metanol Perlu Guna Teknologi Terkini, Tepati Piawaian
0 Comments

SABTU, 22 OKTOBER 2022

BINTULU: Fasiliti keselamatan yang akan dipasang dan digunakan di sekitar Jeti Loji Metanol milik Sarawak Petchem Sdn. Bhd perlu menggunakan teknologi yang terkini serta menepati piawaian.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menjelaskan, piawaian itu perlu mengikut seperti yang telah ditetapkan oleh International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA).

Beliau turut meminta agar pihak Sarawak Petchem Sdn. Bhd. bersama Lembaga Boya dan Api Sarawak (LBAS) beserta pihak kementerian untuk mengadakan perbincangan bagi mengesyorkan alat bantu pelayaran (ATONS) yang sesuai untuk digunakan bagi pengoperasian jeti tersebut.

Dato Sri Lee berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja rasmi bersama rombongan daripada MOTS ke Jeti Loji Metanol milik Sarawak Petchem Sdn. Bhd. di Tanjung Kidurong di sini pada Khamis.

Terdahulu, beliau bersama rombongan telah diberikan taklimat oleh Timbalan Pengurus Projek Sarawak Petchem Sdn. Bhd. Safian Shafiee mengenai pengoperasian terutama tahap keselamatan ATONS yang akan digunakan di sepanjang jeti berukuran 3 kilometer yang menghubungkan dermaga untuk kapal-kapal memuat dan mengeksport produknya.

Hadir sama ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, Setiausaha Tetap MOTS Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Timbalan Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak (SBLB) merangkap Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak Mohamad Marzuki Brahim dan Pegawai-Pegawai Kanan dari MOTS.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *