Datuk Amar Awang Tengah Lawat Dua Tapak Projek Di Lawas

UKAS  > Edisi-Utara >  Datuk Amar Awang Tengah Lawat Dua Tapak Projek Di Lawas
0 Comments

AHAD, 23 OKTOBER 2022

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan lawatan ke daerah Lawas bagi meninjau beberapa projek pembangunan yang kini sedang giat dilaksanakan di Kampung Bangkatan dan Kampung Patarikan, Merapok pada Jumaat. 

Lawatan pertama beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari telah ke Kampung Bangkatan, Merapok bersama rombongan bagi meninjau projek Loji Rawatan Air (2MLD) di Kampung Patarikan Merapok, Lawas yang bertujuan bagi memastikan perjalanan pembinaan projek-projek berjalan dengan lancar. 

Projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi memastikan penduduk di daerah Lawas dapat menikmati air bersih dan terawat khususnya penduduk di kawasan sekitar Merapok.

Seterusnya, Datuk Amar Awang Tengah meneruskan lawatan ke Kampung Patarikan, Merapok iaitu Projek Patarikan Tourism Facilities di Kampung Patarikan, Merapok, Lawas.

Antara projek yang dilawati ialah pembinaan jeti, pusat informasi, kiosk dan lain-lain selain tarikan cahaya kelip-kelip, terdapat juga haiwan liar seperti monyet, buaya, aktiviti memancing udang galah serta pemandangan yang menarik sesuai untuk sektor pelancongan. 

Setakat ini pembinaan tersebut telah mencapai 25.74 peratus dan berjalan dengan lancar.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Limbang Jamalie Busrie, Mantan Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dan Setiausaha Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa. -EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *