Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Daripada PERKAMA

UKAS  > Edisi-Selatan >  Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Daripada PERKAMA
0 Comments

JUMAAT, 28 OKTOBER 2022

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA) di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Rombongan yang diketuai Presidennya, Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin itu turut diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Dr Sabariah Putit.

Kunjungan tersebut antara lain membincangkan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan persatuan tersebut.

Hadir sama, Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Datu Ismail Mohamad Hanis, dan Naib Presiden PERKAMA Professor Dr Mansor Abu Talib.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *