Ekonomi Sarawak Kukuh Di Bawah Kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari

UKAS  > Edisi-Tengah >  Ekonomi Sarawak Kukuh Di Bawah Kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari
0 Comments

ISNIN, 31 OKTOBER 2022

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak mempunyai ekonomi yang kukuh di bawah pucuk pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata ini terbukti apabila Sarawak mempunyai dana peruntukan sendiri untuk membantu rakyat ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Bintangor Tahun 2022 bagi mewakili Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan UKAS, Datuk Abdullah Saidol.

Katanya, wakil rakyat di tiga DUN di situ iaitu Meradong, Semop dan Daro sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan untuk membawa pembangunan infrastruktur untuk rakyat di kawasan.

Sementara itu, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing akan memperluaskan lagi Pesta Bintangor pada tahun hadapan selepas melihat sokongan meriah dari masyarakat Bintangor dan para pengunjung.

Pesta Bintangor telah berlangsung dari 22 hingga 30 Oktober 2022 dengan pelbagai aktiviti dan program disediakan kepada pengunjung melalui agensi Jabatan Kerajaan dan persatuan di Daerah Meradong.

Hadir sama Mantan Ahli Parlimen Tanjung Manis Ir Yusuf Abdul Wahab, Setiausaha Politik Premier Sarawak Teng Ung Woo dan Pegawai Daerah Meradong Badjuri Bidin. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *