PRU15: Hanya GPS Dapat Meneruskan Pembangunan Di Bintulu

UKAS  > Edisi-Utara >  PRU15: Hanya GPS Dapat Meneruskan Pembangunan Di Bintulu
0 Comments

AHAD, 6 NOVEMBER 2022

BINTULU: Sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat selama lima penggal, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah berjaya membangunkan Bintulu.

Menteri Industri Makanan,Komoditi dan Pembangunan Wilayah berkata, calon GPS Datuk Sri Tiong King Sing telahpun menunjukkan hasil kerja yang baik khususnya dalam membawa pembangunan berterusan di Bintulu.

“Beliau telah bekerja keras dalam mempertahankan hak rakyat serta mengubah landskap Bintulu daripada perkampungan nelayan kepada bandar atau hab perindustrian yang berdaya saing,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Bintulu pada Sabtu.

Ujar beliau lagi, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini rakyat di Parlimen Bintulu perlu terus memberikan sokongan kepada calon GPS.

“Inilah masanya untuk pemimpin dan rakyat membuat keputusan demi kestabilan politik untuk menjadikan Sarawak sebagai contoh dalam Malaysia yang telah berjaya menyatupadukan rakyat serta berjuang mendapatkan kerajaan yang stabil untuk Malaysia,” ujarnya lagi

Dato Sri Tiong telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Bintulu selama lima penggal dan akan meneruskan kesinambungan pembangunan Kerajaan Sarawak di Bintulu pada masa akan datang.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *