Airasia Buka Laluan Baharu Antara Singapura Dan Sibu

UKAS  > Edisi-Utama >  Airasia Buka Laluan Baharu Antara Singapura Dan Sibu
0 Comments

RABU, 9 NOVEMBER 2022

SINGAPURA: Airasia membuka laluan penerbangan baharu antara Singapura dan Sibu dengan perhentian lebih kerap di Miri.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin telah melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Pengangkutan Republik Singapura, S. Iswaran pada 31 Oktober hingga 1 November bertujuan membincang mengenai kerjasama dalam hal pengangkutan dan pembukaan laluan penerbangan baharu antara Singapura dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan media, Dato Sri Lee memaklumkan bahawa Airasia Berhad telah menaikkan perkhidmatan udara penumpang terus empat kali seminggu antara Singapura dan Sibu yang akan bermula 16 Disember 2022.

“Pembukaan laluan baharu antara Singapura dan Sibu ini akan mengurangkan jarak perjalanan untuk menjalankan perniagaan, terutamanya bila membawa masuk pengembara kargo dari luar negara.

“Airasia juga akan meningkatkan operasi penerbangan mereka antara Singapura dan Miri daripada 4 kali seminggu kepada 5 kali seminggu mulai November 2022,” jelasnya.

Sementara itu, SCOOT Tigeraire Pte. Ltd juga telah meningkatkan operasi penerbangan dari Singapura ke Miri dari dua kali seminggu ke tiga kali seminggu mulai bulan ini.

Dato Sri Lee merakamkan ucapan terima kasih Kementerian Pengangkutan Singapura, Airasia Berhad dan SCOOT Tigeraire Pte. Ltd atas keyakinan mereka terhadap Sarawak. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *