50 Kelab dan Persatuan DUN Pantai Damai Terima Sumbangan

UKAS  > Edisi-Selatan >  50 Kelab dan Persatuan DUN Pantai Damai Terima Sumbangan
0 Comments

KHAMIS, 10 NOVEMBER 2022

KUCHING: 50 Kelab dan Persatuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai telah menerima sumbangan jumlah keseluruhan RM154,000 bagi tujuan aktiviti tahunan.

Simbolik penyerahan sumbangan telah disampaikan olen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Pusat Khidmat Pantai Damai pada Rabu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi berharap agar semua pengerusi-pengerusi Kelab dan Persatuan sentiasa mengadakan program atau aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli-ahli serta masyarakat setempat.

Tambah beliau, kerajaan sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada mana-mana pihak yang membantu menjalinkan silaturahim dikalangan masyarakat.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *