Wujudkan Kesedaran Kepentingan Pelihara Kebersihan Pantai

UKAS  > Edisi-Utara >  Wujudkan Kesedaran Kepentingan Pelihara Kebersihan Pantai
0 Comments

JUMAAT, 11 NOVEMBER 2022

MIRI: Seramai 97 pelajar dan kakitangan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Miri serta Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) Wilayah Miri terlibat dalam program gotong-royong membersihkan Pantai Lutong pada Khamis.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Miri Jeffrey Phang Siaw Foong berkata, program ini adalah bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan staf dan pelajar Sarawak Skills/i-CATS Miri serta warga sekitarnya mengenai kepentingan memelihara kebersihan pantai.

“Ia juga adalah sebagai sumbangan khidmat sosial warga Sarawak Skills /i-CATS Miri untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar terutamanya kebersihan pantai yang menjadi kawasan rekreasi orang awam,” katanya semasa berucap dalam program berkenaan.

Beliau memberitahu, program yang mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) itu dianjurkan pertama kali di Pantai Lutong.

Untuk rekod, para peserta adalah terdiri daripada 45 orang pelajar tahun akhir Sarawak Skill serta 52 kakitangan Sarawak Skills dan i-CATS Miri.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *