Calon GPS Parlimen Sibuti Terus Berkempen Dekati Pengundi

UKAS  > Edisi-Utara >  Calon GPS Parlimen Sibuti Terus Berkempen Dekati Pengundi
0 Comments

SABTU, 12 NOVEMBER 2022

SIBUTI: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni meneruskan kempen beliau di Rumah Jorny, Keladan, Rumah Donny dan Rumah Sylvester Lambir pada Jumaat.

Dalam kempen tersebut, beliau menyeru para penduduk terutamanya pengundi muda untuk melaksanakan tanggungjawab mereka turun mengundi pada 19 November nanti.

Lukanisman turut menyeru semua penduduk untuk menyokong kerajaan GPS dalam meneruskan pembangunan bukan sahaja di kawasan bandar malah kawasan luar bandar.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *