Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak Simpan 246,026 Jumlah Bahan

UKAS  > Edisi-Selatan >  Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak Simpan 246,026 Jumlah Bahan
0 Comments

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

KUCHING: Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak telah menyimpan sebanyak 246,026 jumlah bahan arkib setakat kini.

Menurut Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Jaafar Sidek Abdul Rahman, antara koleksi terawal dalam simpanan ialah rekod Jabatan Penyiaran Kawasan Sarawak pada tahun 1923 dan rekod Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia Negeri Sarawak pada tahun 1924.

“Antara koleksi menarik dan terawal dalam simpanan ialah rekod Jabatan Penyiaran Kawasan Sarawak iaitu pada tahun 1923, rekod Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia Negeri Sarawak pada tahun 1924, ‘Sarawak Gazette’ terawal iaitu pada tahun 1939, Suratkhabar ‘The Vanguard 1970’, dokumen Penubuhan Malaysia 1963 dan koleksi rekod ‘Rajang Area Security Command’ atau lebih dikenali sebagai RASCOM,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak berhasrat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada agensi kerajaan dan orang awam dengan siapnya pembinaan bangunan baharu.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Saraya Arbi, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Jaafar Sidek Abdul Rahman dan Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak, Ladoh Mejus. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *