PRU15: Kawasan Parlimen Selangau Masih Memerlukan Pembangunan

UKAS  > Edisi-Utara >  PRU15: Kawasan Parlimen Selangau Masih Memerlukan Pembangunan
0 Comments

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

TATAU: Kawasan di Parlimen Selangau ini masih memerlukan banyak pembangunan. 

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, sehingga kini banyak pembangunan telah dibawa Kerajaan Sarawak tetapi masih belum mencukupi. 

“Pelbagai pembangunan telah dan akan dinikmati oleh penduduk di kawasan Lubok Kubong ini. Ini termasuk kemudahan bekalan elektrik melalui RES yang sedang dalam pembinaan dan bekalan air melalui SAWAS yang 80 peratus siap. 

“Sementara itu, jalan dari Nanga Kelebu ke Lubok Kubong telah dinaik taraf menerusi peruntukkan Premier Sarawak. 

“Semua kemudahan ini adalah dari kerajaan GPS yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg,” katanya semasa berucap dalam Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Punan, Lubok Kubong, Kakus, di sini pada Sabtu. 

Mengulas lanjut, beliau mahu rakyat di kawasan Parlimen Selangau tidak mengulangi peristiwa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada PRU-15 kali ini. 

Jalan terbaik adalah memilih Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah membuktikan rekod dan pencapaiannya dalam memajukan Sarawak dihormati. 

Pada majlis itum beliau menerima menerima sokongan daripada bekas calon Bebas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus Tiun Kanun. 

Hadir sama Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai dan Penghulu Sanok Magai. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *