SIFMA Kembali Meriahkan Industri Seni Dan Budaya Tempatan 3 & 4 Disember Ini

UKAS  > Edisi-Selatan >  SIFMA Kembali Meriahkan Industri Seni Dan Budaya Tempatan 3 & 4 Disember Ini
0 Comments

ISNIN, 14 NOVEMBER 2022

KUCHING: Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) kembali memeriahkan industri seni dan budaya tempatan pada 3 dan 4 Disember ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Festival anjuran International Music House (IMH) Kuching semenjak acara pertamanya berlangsung pada 2019 di negeri ini tetap mengutamakan fokusnya untuk menyinari dunia muzik dan seni dengan menghimpunkan penghibur dari pelbagai sudut dunia.  

Sehubungan itu, acara dua malam tersebut akan menampilkan persembahan yang menarik daripada penari, konduktor, koir, penyanyi dan artis terkenal di persada dunia antaranya melibatkan Ensemble Cina Sarawak, Akademi Muzik dan Seni Kenwy Kuching, La Danse Studio, Orkestra Simfoni Negeri Sarawak (SONS), Kampung Budaya Sarawak, Orkestra Ethnica IMH, Sekolah Balet Halili Cruz dari Filipina, India Fire Dance Group, Victoria Chorale, Shilp Maitri Studios, UiTM Chamber Choir.

Selain itu, pemain piano klasik Malaysia Esme Wong serta Dr Gilbert De Greeve dari Belgium juga turut menjanjikan persembahan yang mempersonakan dalam usaha menyerlahkan lagi bidang muzik dan seni yang dinamik.

Dalam masa sama, SIFMA juga akan menampilkan dua segmen sepanjang penganjurannya, yang mana segmen ‘Let’s Talk’ memberi peluang kepada penonton untuk mendengar cerita inspirasi dan nasihat yang baik daripada ahli komuniti muzik dan seni, termasuk profesional dan peminat industri.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *