Kuching Bandar Pertama Sokong Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak UNICEF

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kuching Bandar Pertama Sokong Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak UNICEF
0 Comments

ISNIN, 21 NOVEMBER 2022

KUCHING: Bandar Kuching menjadi yang pertama di Sarawak menyokong penuh kepada usaha inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak (CFCI) Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Pengiktirafan ini susulan penganjuran pertandingan reka bentuk poster CFCI sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang melibatkan seramai 108 kanak-kanak dari seluruh sekolah rendah bahagian Kuching.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng, usaha ini bagi memperkenalkan dan mengiktiraf penyertaan secara aktif kanak-kanak sekali gus sebagai membina bandar dan komuniti mesra kanak-kanak di seluruh dunia.

“Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat dan mendengar apa impian dan harapan kanak-kanak dalam membina bandar mesra kanak-kanak.

“Menerusi pertandingan ini kita akan mendapat peluang untuk meningkatkan kesadaran kepada orang awam mengenai penglibatan kerja mengubah suai bandar dan komuniti dalam melindungi kanak-kanak dan hak mereka, serta menyediakan persekitaran selamat untuk kehidupan berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian program di Dewan MBKS di sini pada Ahad. 

Jelas Datuk Wee Hong Seng lagi, MBKS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UNICEF di Malaysia mengenai CFCI berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-kanak pada 27 Oktober 2022.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program di Dewan MBKS, di sini pada Ahad. 

Dalam tersebut majlis tersebut turut disampaikann penyerahan hadiah kepada pemenang-pemenang dengan seramai 25 orang murid menerima hadiah selaku pemenang sagu hati dengan menerima wang tunai RM30, trofi dan juga sijil.

Juara dimenangi oleh wakil Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Stampin, Low Ei Tong yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250, trofi dan juga sijil diikuti naib juara oleh wakil Sekolah St Joseph’s Jarrel Chong Yan Shen dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta sijil dan trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh SJK C Chung Hua Nombor 3, Owen Sim Jia Chun yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150, trofi dan juga sijil.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *