Proses Pengundian Libat 12 Pusat Mengundi Di Parlimen Baram Dilaksana Hari Ini

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  Proses Pengundian Libat 12 Pusat Mengundi Di Parlimen Baram Dilaksana Hari Ini
0 Comments

ISNIN, 21 NOVEMBER 2022

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan proses pengundian bagi Parlimen Baram di 12 pusat mengundi yang digantung disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan pada Sabtu lepas dilaksanakan pada Isnin.

Setiausaha SPR Dato Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan media pada Isnin memberitahu, 12 pusat mengundi yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Long Naah, Sekolah Kebangsaan Long, Luteng, Rh TK Matthew Belulok Lalo, Kampung Lepo Gah, Sekolah Kebangsaan Long Sait, Sekolah Kebangsaan Long Tungan dan Sekolah Kebangsaan Long Moh.

Katanya, pusat mengundi yang lain adalah Sekolah Kebangsaan Long Mekabar, Sekolah Kebangsaan Long Jekitan, Sekolah Kebangsaan Long Lamei, Sekolah Kebangsaan Lio Mato, Sekolah Kebangsaan Long Banga dan Rh TK John Jau Wan Long Semiang.

Pada Sabtu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menerusi kenyataannya memaklumkan tindakan itu dibuat berikutan keadaan cuaca tidak baik di Baram.

Keadaan itu menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *