Kompleks Sukan & Kolam Renang Sarikei Perlu Dinaik Taraf, Lahir Generasi Atlet Berkualiti

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kompleks Sukan & Kolam Renang Sarikei Perlu Dinaik Taraf, Lahir Generasi Atlet Berkualiti
0 Comments

RABU, 23 NOVEMBER 2022

KUCHING: Kompleks Sukan dan Kolam Renang Sarikei memerlukan perhatian segera untuk dinaik taraf.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, kedua-dua fasiliti tersebut perlu diperbaiki serta dinaik taraf untuk memastikan bahagian Sarikei terus melahirkan atlet sukan yang berkualiti.

 “Sarikei telah menghasilkan banyak ahli sukan untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang mana ramai antara mereka telah berjaya merangkul pingat dalam kejohanan yang lalu.

“Kita mempunyai ramai potensi, tetapi fasiliti sukan hendaklah dinaik taraf. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan fasiliti yang baik,” katanya semasa sesi perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) 2022  dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Sehubungan itu, ADUN Repok itu menyeru kementerian terlibat untuk mengambil tindakan segera dan sewajarnya ke atas kedua-dua fasiliti tersebut.

Sementara itu, beliau menggesa kerajaan Sarawak untuk membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana) di kawasan Repok seiring dengan projek-projek skim rumah mampu milik yang telah dilancarkan di bandar lain.

“Kita kerap mendengar rintihan dan keluhan rakyat khususnya golongan B40 dan M40 berkenaan harga rumah yang terlalu tinggi.

“Kawasan Sarikei juga tidak terkecuali dan ramai yang mengharapkan agar Kerajaan Sarawak dapat membantu mengatasi isu ini menerusi penyediaan Skim Perumahan Mampu Milik seperti juga di tempat-tempat lain di negeri ini,” jelasnya. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *