RUU STIDC Ordinance (Ammendment) Bill, 2022 Diluluskan

UKAS  > Edisi-Selatan >  RUU STIDC Ordinance (Ammendment) Bill, 2022 Diluluskan
0 Comments

RABU, 23 NOVEMBER 2022

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC) Ordinance (Ammendment) Bill, 2022 selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.  

RUU berkenaan diluluskan oleh Speaker DUN Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ketiga Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Terdahulu, RUU berkenaan telah dibahaskan oleh enam ADUN iaitu ADUN Tamin Ir. Christoper Gira, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Daro Safiee Ahmad, ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip dan ADUN Engkelili Johnical Rayong Ngipa. 

Datuk Len RUU berkenaan pindaan RUU berkenaan bertujuan membuat peruntukan yang lebih baik bagi pengurusan industri kayu di Sarawak melalui pengeluaran kayu.

Selain itu katanya, Lesen Perindustrian bagi membolehkan Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC) mengawal selia sepenuhnya industri perkayuan termasuk penubuhan dan pengendalian kilang papan yang sebelum ini dikawal di bawah Ordinan Hutan 2015 [Cap.71].

“Secara ringkasnya, pindaan utama yang diminta dalam Rang Undang-undang ini adalah seperti pengenalan Lesen Perindustrian Kayu untuk menggantikan keperluan pendaftaran bagi industri perkayuan. 

“Selain itu, pengenalan peruntukan baharu mengenai ‘Permit Sementara Beroperasi’ sebagai langkah sementara untuk memudahkan industri perkayuan sementara menunggu pengeluaran lesen industri perkayuan atau untuk kegunaan domestik. 

“Seterusnya, pengenalan peruntukan penalti untuk operasi haram kilang kayu dan aktiviti haram lain yang melanggar terma dan syarat Lesen Perindustrian Kayu atau Permit Sementara Beroperasi dan pengenalan peruntukan mengenai pembatalan atau penggantungan Lesen Industri Kayu, serta peningkatan dan pengukuhan kuasa penguatkuasaan di bawah Ordinan,” katanya. 

Tambahnya lagi, pihak STIDC akan memperkukuhkan pelaksanaan seperti apa yang termaktub dalam pindaan ini, terutama sekali dalam usaha untuk meningkatkan lagi industri hiliran sejajar dengan fungsi STIDC iaitu menerajui pembangunan industri perkayuan di Sarawak. 

Katanya, pemindahan kuasa dari Pengarah Jabatan Hutan kepada Pengurus Besar PUSAKA adalah sesuatu yang tepat dan ini membolehkan pihak STIDC meningkatkan lagi koordinasi dan keberkesanan pembangunan perindustrian perkayuan khususnya industri hiliran apatah lagi kerajaan masa ini menekankan kepada produk kayu bernilai tambah tinggi.- EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *