Sarawak Berhak Dapat Peruntukan Lebih Besar

UKAS  > Edisi-Selatan >  Sarawak Berhak Dapat Peruntukan Lebih Besar
0 Comments

JUMAAT, 2 DISEMBER 2022

KUCHING: Rakyat Sarawak berhak untuk mendapat peruntukan yang lebih besar bagi mendapatkan sesuatu kemudahan yang lebih baik.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, masih banyak yang perlu dilaksanakan seperti kemudahan-kemudahan asas di Sarawak.

“Kita berhak untuk menikmati keadaan yang lebih selesa dan ini harus kita usahakan.

“Dan saya berharap kerajaan baharu ini akan mengambil kira kerana hanya dengan itu kita dapat seimbangkan dengan pembangunan di Semenanjung,” katanya.

Beliau menjelas demikian ketika ditemui media pada Majlis Makan Malam Apresiasi dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Datuk Amar Awang Tengah turut menyatakan rasa bangga dan bersyukur di atas lima pelantikan menteri penuh dari Sarawak bagi membentuk kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh dan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Sr Zaidi Mahdi.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *