AHAD, 4 DISEMBER 2022

LINGGA: Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg sentiasa komited dalam membawa pembangunan untuk rakyat Sarawak.

Berucap ketika menyempurnakan Regatta Lingga 2022 pada Sabtu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, dengan adanya jaringan perhubungan yang terbina Lebuhraya Pan Borneo dan Costal Road akan menjadi pemangkin kepada pembangunan khususnya di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu juga jelasnya, Lingga yang dinaiktaraf menjadi daerah penuh bertujuan mempercepatkan pembangunan di kawasan berkenaan.

“Bagi bekalan air bersih ke Lingga, ia akan disambung dari loji rawatan air bersih di Bayai.

“Kerja naik taraf loji tersebut menelan belanja sebanyak RM21 juta dan akan dapat membekalkan sebanyak 53.3mld sehari,” katanya.

Datuk Julaihi menambah, Kerajaan Sarawak telah membina sebanyak 3539 menara telekomunikasi di negeri ini.

Ujarnya, sebanyak 124 menara bagi fasa pertama akan dipasang peralatan telekomunikasi yang lengkap sehingga hujung tahun 2022 dan 176 lagi akan siap dipasang pada penghujung tahun depan. -EDISI UKAS

add comment