Jabatan Veterinar Miri Anjur Program Vaksinasi Rabies Percuma

UKAS  > Edisi-Utara >  Jabatan Veterinar Miri Anjur Program Vaksinasi Rabies Percuma
0 Comments

ISNIN, 5 DISEMBER 2022

MIRI:  Jabatan Veterinar Miri telah menganjurkan Program Vaksinasi Rabies secara percuma untuk anjing peliharaan komuniti Long Lama di Dewan SJKC Kee Tee, Long Lama bermula 3 hingga 4 Disember lepas. 

Difahamkan, sebanyak 29 ekor anjing berjaya diberi vaksin pada hari pertama manakala empat ekor anjing telah dibawa oleh pemilik untuk mendapatkan suntikan tersebut setakat jam 11 pagi pada 4 Disember. 

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pemilik anjing peliharaan diseru agar membawa anjing peliharaan mereka untuk mendapatkan vaksin kerana Rabies adalah sejenis virus yang sangat bahaya, malah boleh membawa maut jika seseorang itu digigit oleh anjing atau mana-mana binatang peliharaan yang sudah dijangkiti. 

Masyarakat juga perlu diingatkan juga bahawa dibawah Seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, pemilik anjing harus memastikan anjing peliharaan mereka diberi suntikan vaksin Rabies di mana kegagalan berbuat demikian boleh disabit kesalahan dengan denda tidak melebihi RM2,500 manakala anjing yang ditangkap dan dijumpai tidak mendapat vaksin Rabies pula boleh dimusnahkan. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *