55 Peserta Ikuti Program Lan Berkhatan Peringkat Daerah Gedong

UKAS  > Edisi-Selatan >  55 Peserta Ikuti Program Lan Berkhatan Peringkat Daerah Gedong
0 Comments

ISNIN, 12 DISEMBER 2022

GEDONG: Seramai 55 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 11 dan 12 tahun telah mengikuti Program Lan Berkhatan Peringkat Daerah Gedong.

Majlis yang diadakan secara ringkas tersebut telah dirasmikan oleh Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Naroden Majais di Dewan Masyarakat Gedong pada Ahad.

Program anjuran Unit Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Gedong dengan kerjasama Pejabat Daerah Gedong serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Simunjan

Menurut Datuk Naroden, program berkenaan bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim sesama komuniti malah dapat memudahkan urusan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka berkhatan di tempat yang lebih dekat dengan bayaran yang lebih murah.

Melihat kepada sambutan menggalakkan daripada para ibu bapa, beliau mencadangkan agar program berkenaan dijadikan sebagai acara tahunan yang melibatkan komuniti.

Sebelum acara bermula, peserta telah diarak mengelilingi kampung mengikut tradisi berkhatan di kawasan Gedong dan dimandikan beramai-ramai dengan kendalian pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Simunjan.

Turut hadir di program tersebut ialah Pegawai Daerah Gedong Abdul Khalid Manap, Pemanca Melayu Kawasan Gedong Abang Ronnie Sa’adeli, Penghulu Melayu Kawasan Gedong Hadian Salleh dan Naib Ketua PBB Cawangan Gedong Ali Bujang.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *