Karnival Rindok Ati Lepak @ Library Kampung Tupong Galak Penggunaan Perpustakaan Komuniti DBKU

UKAS  > Edisi-Selatan >  Karnival Rindok Ati Lepak @ Library Kampung Tupong Galak Penggunaan Perpustakaan Komuniti DBKU
0 Comments

ISNIN, 12 DISEMBER 2022

KUCHING: Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kejiranan Mesra (KJM) Tupong telah mengadakan Karnival Rindok Ati Lepak @ Library Kampung Tupong bermula 9 hingga 11 Disember lepas sebagai penutup bagi program tahun 2022.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, karnival seumpamanya sangat bermanfaat bagi semua lapisan umur terutama untuk kanak-kanak mengisi masa lapang semasa cuti persekolahan ini.

“Dalam masa sama, penganjurannya juga membuka peluang kepada DBKU untuk mempromosi dan menggalakkan penggunaan perpustakaan komunitinya. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur,”katanya semasa menyempurnakan penutupan karnival tersebut di sini pada Ahad.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival berkenaan antaranya pertandingan memasak, menggubah bunga, ‘word search’, e-sports.

Turut hadir ialah Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU Rudzaimeir Malek, Penghulu Kampung Tupong Ramden Putit dan Ketua Kaum Kampung Tupong Tengah Ahmat Mat.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *