Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Baitulmal dan Wakaf

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Ahli Lembaga Baitulmal dan Wakaf
0 Comments

JUMAAT, 6 JANUARI 2023

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada ahli Lembaga Baitulmal dan Wakaf di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Kunjungan hormat berkenaan adalah bagi memperkenalkan Pengerusinya yang baharu iaitu Datu Abang Helmi Tan Sri Abang Ikhwan yang menggantikan Datuk Putit Matzen.

Selain itu, dalam kunjungan berkenaan juga telah diadakan taklimat kepada Premier Sarawak mengenai perkembangan aktiviti Baitulmal sepanjang tahun lepas.

Antara ahli yang hadir sama ialah Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Datu Kipli Yassin, Profesor Dato’ Dr. Jamil Hamali, Datu Abdul Razak Tready dan Dato’ Abdul Rahman Abang Fadzail.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, dan Pengurus Besar Baitulmal Datu Abg Mohd Shibli Abg Mohd Nailie.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *