Jawatankuasa Khas Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Diaktif Semula, Utama Isu Kewarganegaraan Di Sarawak

UKAS  > Edisi-Utama >  Jawatankuasa Khas Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Diaktif Semula, Utama Isu Kewarganegaraan Di Sarawak
0 Comments

KHAMIS, 19 JANUARI 2023

PUTRAJAYA: Isu kewarganegaraan di Sarawak akan menjadi salah satu keutamaan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan diaktifkan semula.

Perkara tersebut diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semasa menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah di pejabatnya pada Selasa.

Menurut Datuk Seri Saifuddin, beliau akan memberi komitmen tinggi terhadap isu berkenaan dan mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut akan diadakan di Kuching.

Turut serta dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Noriah Ahmad, Pengarah Pendaftaran Negara Negeri Sarawak, Awang Afferoz Awang Merikan dan Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Sarawak, Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *