Kerajaan Sarawak Terus Perjuang MA63, Tuntut Hak-Hak Untuk Rakyat

UKAS  > Edisi-Selatan, Edisi-Utama >  Kerajaan Sarawak Terus Perjuang MA63, Tuntut Hak-Hak Untuk Rakyat
0 Comments

KHAMIS, 19 JANUARI 2023

KUCHING: Kerajaan Sarawak hanya mahu mendapatkan kembali sepenuhnya hak-hak negeri ini yang terhakis seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberi jaminan MA63 adalah untuk memulihkan kembali perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kami hanya mahukan hak kami di bawah MA63 tidak lebih dan tidak kurang, itu sahaja. 

“Saya percaya Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa perkara dan saya yakin esok mungkin ada tambahan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Jamuan Negeri di Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK) di sini pada Khamis. 

Turut hadir, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perpaduan Negara Malaysia, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta dif-dif kehormat yang lain Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato’ Sri Professor Dr. Sim Kui Hian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta dif-dif kehormat yang lain.

Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata, Sarawak akan terus menyokong kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Perdana Menteri mempunyai pengalaman dan latar belakang yang bukan sahaja menguntungkan Sarawak, tetapi juga Sabah.

“Dengan pengalaman lepas beliau, dan hala tuju yang jelas, saya percaya bahawa kita akan mengembalikan Malaysia sebagai negara terbaik dengan kekuatan yang kita ada. 

“Kita bukan sahaja akan mengangkat martabat Malaysia tetapi juga memainkan peranan pada landskap dunia pada masa hadapan,” katanya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *