Nectar Consortium Sdn Bhd Lancar Hab Agrotech Nectar-KoIKMa

UKAS  > Edisi-Tengah >  Nectar Consortium Sdn Bhd Lancar Hab Agrotech Nectar-KoIKMa
0 Comments

KHAMIS, 19 JANUARI 2023

MUKAH: Dalam usaha memberi inspirasi kepada inovasi digital dan menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 kerajaan Sarawak, syarikat penyedia perkhidmatan berasaskan teknologi, Nectar Consortium Sdn Bhd telah melancarkan Hab Agrotech Nectar-KoIKMa di sini pada Selasa.

Hab yang terdiri daripada pertanian pintar, makmal agrotech dan agro inkubator itu melibatkan kerjasama antara Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia (KoIKMa) Berhad dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mukah.

Menurut Pengarah Urusan Nectar Consortium, Ahmad Tarmizi Mukhtar, objektif utama pelancaran tersebut adalah untuk mewujudkan pusat pembangunan teknologi asas pertanian di samping memperkasa keselamatan makanan.

Dalam masa sama jelasnya, ia membuka peluang kepada pelajar UiTM dan ahli akademiknya untuk meningkatkan kecekapan pengendalian sistem teknologi daripada pemain industri dan pihak berkepentingan utama.

Tambah beliau lagi, hab tersebut menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem berdasarkan empat faktor utama iaitu produktiviti, teknologi, rantaian bekalan dan latihan yang menambah baik standard sosio-ekonomi, keselamatan makanan termasuk pengetahuan di kalangan anggota koperasi.

Turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak Profesor Madya Dr Salmi Bujang, Timbalan Ketua Pengarah KoIKMa Berhad Mohd Zaib Mat Yunus dan Ketua Fakulti Perladangan dan Agrosains Muhammad Syukrie Abu Talip.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *