Tun Pehin Sri Abdul Taib, Toh Puan Raghad Teruskan Kunjungan TBC Hari Ketiga Di Miri

UKAS  > Edisi-Utama, Edisi-Utara >  Tun Pehin Sri Abdul Taib, Toh Puan Raghad Teruskan Kunjungan TBC Hari Ketiga Di Miri
0 Comments

SELASA, 24 JANUARI 2023

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib meneruskan kunjungan sempena hari ketiga Tahun Baharu Cina (TBC) di Miri.

Kunjungan itu telah dimulakan ke kediaman Pengasas Kumpulan Samling Tan Sri Datuk Yaw Teck Seng di Marina Lagoon Residence, Marina Bay Miri.

Ketibaan Tun Pehin Sri Abdul Taib serta isteri disambut oleh Tan Sri Datuk Yaw sekeluarga diikuti dengan persembahan tarian naga.

Pada kunjungan berkenaan juga, turut diadakan simbolik menggaul ‘Yee Sang’ dan jamuan makan tengah hari.

Hadir sama ialah Menteri Pengangkutan Sarawak Dato’ Sri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus.

Sejurus selepas itu, kunjungan diteruskan ke kediaman Dato Sri Lee di Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang Miri.

Dato’ Sri Lee serta keluarga menyambut ketibaan mereka dan diserikan dengan persembahan tarian naga serta diadakan upacara memotong kek dan jamuan teh.

Kunjungan seterusnya adalah ke kediaman Pengasas Kumpulan Syarikat Shin Yang Tan Sri Ling Chiong Ho di Luak Bay Miri.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *