Sarawak Terkenal Dengan Toleransi Tinggi

UKAS  > Edisi-Utara >  Sarawak Terkenal Dengan Toleransi Tinggi
0 Comments

SABTU, 28 JANUARI 2023

BINTULU: Rakyat Sarawak sememangnya terkenal dengan nilai toleransi yang tinggi dan menghormati kepercayaan serta agama dianuti kaum lain.

Menteri di Jabatan Premier  Sarawak, Datuk John Sikie Tayai berkata, masyarakat di negeri ini saling menghormati kepercayaan masing-masing walaupun berlainan agama dan kaum. 

“Kunjungan Tahun Baru Cina adalah salah satu cara untuk menggalakkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat. 

“Oleh itu, tradisi ini penting untuk dikekalkan dalam kalangan masyarakat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa membuat kunjungan sempena Tahun Baru Cina ke kediaman penasihat Persatuan Chen Jia Tai Chi Bintulu, Ding Ching Chuan di Bintulu pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Datuk John Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus tidak ketinggalan menyempurnakan tradisi sempena Tahun Baru Cina iaitu menggaul Yee Sang bersama rombongan sebagai simbolik kejayaan, kemewahan, kemakmuran, kebahagiaan dan rezeki yang akan tercapai pada tahun-tahun akan datang.

Turut menyertai kunjungan itu ialah isteri kepada Datuk John Sikie, Datin Melia Gelen, ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti serta Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu, Lau Pit Hwa. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *