NREB-SEB Environmental Practitioners TOT Latih, Beri Pendedahan Peserta Kendali Program Pendidikan Alam Sekitar

UKAS  > Edisi-Selatan >  NREB-SEB Environmental Practitioners TOT Latih, Beri Pendedahan Peserta Kendali Program Pendidikan Alam Sekitar
0 Comments

JUMAAT, 3 FEBRUARI 2023

KUCHING: Bengkel Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Sarawak Energy Berhad (NREB-SEB) Environmental Practitioners Training of Trainers (TOT) diadakan bagi melatih dan memberi pendedahan kepada peserta dalam mengendalikan program-program berkaitan pendidikan alam sekitar.

Menurut satu kenyataan pada Jumaat, program itu juga sekaligus membentuk pengamal alam sekitar yang berkemahiran tinggi dan sentiasa peka terhadap isu alam sekitar semasa.

“Seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan NREB dan kakitangan SEB menganjurkan Bengkel NREB-SEB Environmental Practitioners TOT selama tiga hari.

“Ia diadakan bersempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2023 pada 1 hingga 3 Februari 2023 bertempat di Damai Beach Resort Kuching,”katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, peserta yang telah berjaya menamatkan sesi Latihan TOT itu akan diberi peluang untuk menggunakan kemahiran mereka sebagai fasilitator Bengkel Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Peringkat Negeri Sarawak kelak.

Tambah kenyataan itu, antara salah satu acara yang berlangsung ialah aktiviti plog and hike yang diadakan pada 2 Februari 2023 di Pantai Puteri Santubong yang dilakukan bersama 15 orang daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Santubong.

Katanya, melalui aktiviti berkenaan, orang ramai diharap agar dapat memupuk sikap tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar bersama.

Sementara itu, majlis penutup pada 3 Februari telah dihadiri oleh Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Peggy Ronin Edin serta Pengurus Besar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) Ir Robin Tigai dan Naib Presiden Kanan Kesihatan, Keselamatan, Keselamatan & Alam Sekitar Marconi Madai dari Sarawak Energy Berhad.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *