RM60,000 Diperuntuk Bina Tadika Sedidik Rumah Seliau, Ulu Oya

UKAS  > Edisi-Tengah >  RM60,000 Diperuntuk Bina Tadika Sedidik Rumah Seliau, Ulu Oya
0 Comments

AHAD, 5 FEBRUARI 2023

SIBU: Impian penduduk di Rumah Seliau Ulu Oya yang ingin memiliki sebuah tadika bagi pendidikan awal kanak-kanak di kawasan mereka bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Ia selepas permohonan untuk menubuhkan tadika berkenaan telah dipersetujui Menteri Pembangunan Wanita, kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah kerana beliau menyedari pentingnya pendidikan awal kepada kanak-kanak di kawasan itu.

Sebelum itu, permohonan tersebut diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang untuk menubuhkan sebuah tadika di Rumah Seliau di Kawasan Ulu Oya ekoran dari rintihan penduduk di kawasan itu.

Menurut Ir. Christopher, beliau sangat berterima kasih dengan kementerian terbabit kerana bersetuju membuka tadika di rumah panjang berkenaan.

Sehubungan itu, satu majlis penyerahan cek bagi tujuan pembinaan Tadika Sedidik telah dilaksanakan di sebuah hotel, di Sibu pada Sabtu.

Pada majlis itu, sebanyak RM60,000 peruntukan telah diserahkan oleh Pemangku Pengurus Kanan Sektor Jaminan Kualiti SeDididik, Awang Kederi kepada wakil Rumah Seliau. Undi.

Tadika Sedidik itu adalah hasil usaha Ir. Christopher Gira pada dua tahun lepas.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut Pegawai Pusat Khidmat ADUN N.59 iaitu Kaunselor Ajan dan Dido Saleh yang mewakili Ir Christopher Gira, Penghulu Bansa serta tuai-tuai rumah. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *