Bina Dewan Serbaguna SJKC Ming Wook Disenarai Dalam Projek RTP DUN Ngemah

UKAS  > Edisi-Tengah, Uncategorized >  Bina Dewan Serbaguna SJKC Ming Wook Disenarai Dalam Projek RTP DUN Ngemah
0 Comments

SELASA, 7 FEBRUARI 2023

KANOWIT: Permohonan bagi membina Dewan Serbaguna SJKC Ming Wook akan disenaraikan dalam Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Ngemah.

Komitmen itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana semasa mengadakan lawatan kerja ke SJKC Ming Wook di Pasar Nanga Ngemah, Kanowit pada Selasa.

Anyi juga memaklumkan telah menyalurkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 pada tahun 2022 untuk sekolah terbabit.

Manakala bagi tahun 2023, geran MRP akan diagihkan berdasarkan permohonan pihak sekolah dan juga kedudukan kewangan yang ada.

Lawatan kerja tersebut adalah atas jemputan Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Ming Wook agar ADUN Ngemah dapat meninjau sendiri keadaan dan keperluan di sekolah tersebut.

SJKC Ming Wook terdiri daripada 35 orang murid iaitu tiga orang berbangsa Cina dan 32 orang berbangsa Iban manakala guru pula seramai 11 orang dan seorang AKP.

Dalam sesi dialog ringkas bersama pihak Pengurusan Sekolah SJKC Ming Wook, beberapa isu telah dibangkitkan untuk perhatian pihak atasan antaranya keperluan bagi Dewan Serbaguna, jalan simpang ke sekolah dan bajet bagi membeli LCD.

Turut hadir Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit Yakup Jai, Timbalan PPD Kanowit Joseph Jabu, Penyelia UKAS Bahagian Sibu Jelani Ajang, Guru Besar SJKC Ming Wook Chin Lei Ping, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Ming Wook, Kong Mee Fah dan Kapitan Tiong Ming Kiong.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *