RABU, 8 FEBRUARI 2023

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi merupakan antara lima individu yang dilantik menganggotai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim memberitahu, badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan itu akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Dato’ Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tiga lagi anggota badan penasihat khas yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Dato’ Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng dan Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato’ Prof Ulung, Dr Rajah Rasiah.

“Kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi ini bertanggungjawab bagi membantu menasihati Menteri Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Perdana Menteri turut mengulangi pendiriannya bahawa anggota badan penasihat khas tersebut tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. -EDISI UKAS

add comment