Kekalkan Budaya Menghormati Warga Tua

UKAS  > Edisi-Utara >  Kekalkan Budaya Menghormati Warga Tua
0 Comments

AHAD, 12 FEBRUARI 2023

MIRI: Generasi muda perlu mengekalkan budaya menghormati mereka yang lebih tua. 

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, sikap hormat-menghormati dan berbudi bahasa khasnya kepada warga tua sentiasa diberi penekanan yang tinggi bukan sahaja dalam budaya masyarakat Cina malahan juga sama bagi masyarakat lain di negara ini. 

“Warga emas ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada generasi masa kini. 

“Segala sumbangan dan pengorbanan mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang setimpal dengan sumbangan masing-masing,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina dan Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Persatuan Teowchew Miri di sini pada Sabtu.

Sementara itu jelasnya, setiap kaum di negeri ini boleh bekerjasama, makan dan minum bersama, duduk berkongsi pelbagai perkara serta saling menghormati antara satu sama lain.

Dalam pada itu katanya, majlis seumpamanya dilihat dapat memperkukuhkan perpaduan dan menyemai semangat harmoni dan semangat muhibbah di kalangan masyarakat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Pengerusi Persatuan Teowchew Miri Chai Zuo Yin.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *